Monday, November 30, 2015

Perkara pertama yang paling penting sekali petua cepat hamil ialah tahu bilakan masa ovulasi isteri yang betul sebab masa itu ovum mengeluarkan telur untuk disenyawakan. Kalau tidak jadi sia-sia.

Bagaimana nak tahu masa ovulasi isteri? 

1. Gunakan kalendar untuk mengenalpasti corak haid korang. Lakukan selama beberapa bulan. Tanda kedatangan haid sejak hari yang pertama hingga hari terakhir. Biasanya ovulasi bagi kitaran haid 27 hari, hari ovulasi ialah pada hari ke 14. Namun bergitu ia bergantung pada kitaran haid setiap wanita. Ada hari yang ke 13 dan ada hari yang ke 16.

2. Perhatikan cecair yang keluar di bahagian intim. Jika cecair itu berwarna jernih seperti putih telur itu adalah petanda wanita sedang ovulasi tetapi apabila cecair menjadi seperti keruh atau hilang anda terlepas masa ovulasi.

3. Perhatikan suhu badan, Suhu badan ketika ovulasi selalunya sedikit meningkat 2-3 hari sebelum ovulasi. Lakukan ujian suhu termometer sejurus selepas bangun tidur.

4. Gunakan ovulasi kit yang terdapat di farmasi. Ia membantu mengesan hormon ovulasi di dalam badan anda. Lakukan seawal 2-3 hari sebelum tarikh anda di jangka ovulasi.


Dah tahu bila masa ovulasi yang sesuai amalkan tips-tips ini. Tips ini MESTI dilakukan untuk peluang kejayaan untuk hamil.


1. Lakukan hubungan seks dengan kerap: Lakukan hubungan seks seminggu dalam 2-3 kali semasa tarikh yang hampir dengan tarikh ovulasi iaitu waktu subur. Ini akan meningkatkan peluang untuk hamil. 

2. Jangan lakukan hubungan seks setiap hari jika menghampiri waktu subur kerana kepekatan sperma atau air mani akan sedikit menurun setiap kali selepas seks. Lakukan seks selang sehari atau dua hari sebelum waktu subur bagi meningkatkan kepekatan air mani dan sperma.

3. Amalkan gaya hidup sihat. Kekalkan berat badan yang unggul, ambil pemakanan yang berkhasiat, elakkan kafien dan elakkan tekanan. 

4. Amalkan pengambilan Bcomplex 2-3 bulan sebelum hamil kerana mengandungi asid folik yang mengurangkan kadar kecacatan pada bayi seperti spina bifida dan kecacatan tiub neural.



tips kehamilan


Friday, November 27, 2015

Madu lebah asli diakui berkhasiat untuk manusia sejagat. Khasiatnya meliputi aspek kecantikan mahupun kesihatan. Sebelum ini pun, dah banyak kali saya berkongsi dengan anda mengenainya. Anda boleh rujuk semula mana-mana pautan di bawah;


madu 3

Wednesday, November 25, 2015

Ramai daripada anda berminat untuk bagaimana senaman aerobik adalah manfaat, jadi di sini adalah atas saya sepuluh sebab-sebab mengapa kita harus mahu keluar dan mendapatkan bergerak! Selain itu, apabila saya kerap bersenam, saya lebih produktif dan saya rasa lebih baik kerana lebih banyak oksigen ke otak bermakna keupayaan yang meningkat untuk berfikir dan sebab. Sekarang adalah berita baik!


senaman sihat