Thursday, August 27, 2015

Alhamdulillah, bila tengok anak-anak membesar, seronok tengok diorang, tapi macam biasa, ada je macam-macam yang akan terjadi pada kanak-kanak, pada anak kita, dan budak kecil. Masalah demamlah, kulit beruam, dan paling popular eczema, batuk dan macam-macam lagi. So kanak-kanak memang mudah dijangkiti penyakit, biasalah kecil lagi. Jadi kenalah bagi makanan berkhasiat.


kanak-kanak riang


Monday, August 24, 2015

Alhamdulillah, semalam saya dan family sempat menghadiri majlis motivation rally shaklee, sambil berhari-raya , hahhaa, memang sempat lah, layan ucapan yang menarik, melihat ramai muka baru dan muka lama, meraikan kejayaan mereka yang berjaya dalam Shaklee. Alhamdulillah, sempat juga bersama family shaklee, terutama family kami, group Chromatic yang dulu juga dikenali sebagai RMC, rumah mesra ceria. Persoalan paling penting yang aku tertanya-tanya, betul ke usia muda penting nak buat business, atau kena tunggu dah matang baru buat business ? 



berjaya dalam business


Saturday, August 22, 2015

Ada tak isteri yang tak ghairah bab kecantikan ? Hattah boleh dikatakan semua isteri nak cantik, lagi lagi dah berkahwin, ini semua fitrah manusia nak cantik. Oklah, bila sebut keghairahan nak cantik, hari ni Dila nak share dengan anda, beberapa tips mudah nak cantik, mudah dan ringkas ok ? Senang diamalkan.



set kecantikan shaklee


Friday, August 21, 2015

Alhamdulillah, masuk hari jumaat, bangun pagi, saya terus sahaja update blog, ok , semangat sikit dila nak cerita tentang produk shaklee yang sangat best iaitu Lecithin. Oklah, sebenarnya nak cerita kat sini, banyak je testimonial makan lecithin yang ada dalam blog nih, hehhe. tapi kita cerita satu-satulah ye, senang sikit.



testimonial kurus

Tuesday, August 18, 2015

Semua orang memang risau bila dah mengandung, akan terjadi macam-macam penyakit, paling teruk kena sembelit, kena simpul biawak, simpulan tu bukan biawak biasa, tapi sakitnya, memang gile, kejang kaki lagi. Memang kesian sangat orang perempuan, nak membesarkan anak dalam kandungan. Jadi, katanya kena ambil Kalsium, tapi tahu ke korang berapa banyak ? hmmm, jom kita study sikit.


kalsium mengandung

Sunday, August 16, 2015

Assalamualaikum semua. nampaknya bebaru ni, kami dapat banyak persoalan tentang rawatan tekanan darah tinggi. Hoo, memang betullah, rakyat malaysia ni memang ada masalah darah tinggi. Bahaya jugak ye, ianya memang berkait rapat dengan masalah jantung, kencing manis, strok dan macam-macam lagi. Jadi bagaimana rawatan terbaik yang boleh diamalkan oleh rakyat Malaysia ? Jom baca lagi tips yang saya nak kongsi di bawah.


darah tinggi

Monday, August 10, 2015

Assalamualaikum semua. Macam mana raya ? best ke ? Semua orang mungkin ada yang puasa enam, tak pun ada yang masih bertungkus-lumus dan habiskan ganti puasa dari dua tahun lepas, biasalah, ada yang berpantang masa bulan puasa, mana tak gilanya nak habiskan, ditambah lagi dengan godaan open house kawan dan juga ahli politik setempat. Jadi apa yang bagus untuk diet masa buka puasa ? jom baca lagi







Kejutan INSULIN ?

Bila mencari fakta tentang diet masa berbuka, kevin zahri kata masa makan untuk berbuka janganlah makan teruk sangat. Apa yang terjadi ialah bila berlakunya insulin spike, tetiba  je bacaan insulin naik, otak kata kena makan lagi. Jadi itu memang biasa, kerana, sebelum ini, tahap glukosa dah rendah masa berbuka,  jadi insulin spike menjadi sebab makan banyak sangat, otak kata badan kita kurang glukosa. Macam tulah kot, nak fahamkan, hehehe. Jadi apapun, kasi perut warm up dulu, biar dia perlahan-lahan terima makanan yang anda masak atau beli di kedai runcit.

Sunnah Rasulullah

Apa yang terbaik untuk berbuka puasa ialah mengikut sunnah Rasulullah , dan ramai dah buktikan yang sunnah rasulullah terbaik dari segi kesihatan dan sains. Jadi bila nak berbuka tuh, jaga adabnya, makan kurma dan minum air dahulu.


  1. Segerakan berbuka, janganlah buang masa, nanti lambat  solat maghrib
  2. Berbuka dengan kurma atau minumlah beberapa teguk air
  3. Baca doa  yang betul dan sahih
  4. Tidak berlebihan ketika berbuka, takut membazir pula.

Bahaya Minuman Manis ?

Selain itu ada beberapa pendapat  katanya jangan banyak sangat minum air manis, gula tinggi, masa nak berbuka. Biasa kalau baca, minum air manis ni sebenarnya boleh membuatkan air dalam badan kita diproses lebih, sebab nak hancurkan gula tuh, jadi jawabnya bukan kita makin kuat, jadi makin lemah adalah. Jadi seelok-eloknya, kita minumlah air masak banyak-banyak, ganti balik air dalam badan kita.

Kesan Diet Yang  Tak Sesuai


Kalau anda pilih makanan yang tak sesuai masa berbuka, kemungkinan anda akan mengalami perkara seperti di bawah, jadi jaga-jaga sikit.


  • keletihan
  • pening
  • sakit kepala
  • sembelit
  • penghadaman terganggu
  • paras gula rendah
  • kejang otot
  • ulser peptik
  • pedih ulu hati
  • gastrik
  • mudah jatuh sakit
  • berat badan menurun atau bertambah

Jaga Makan Ketika Berbuka

Jadi apapun masa makan berbuka, atau sahur, jangan nak melantak sangat. Seeloknya, makan sikit dulu, solat dulu, lepas tu rehat dan makanlah ikut kesesuaian badan kita. Ok, so kalau rasa nak tahu lagi tips kurus masa nak puasa, kena baca lagi artikel dalam blog ni ok ? Selamat berpuasa dan selamat berbuka.

Monday, August 3, 2015

Selamat malam semua, update blog malam-malam ini ada ke orang baca ? Ada je, kalau korang search artikel ini. Hehhee, oklah, hari ini apa kata kita tengok beberapa petua bagus, kalau ada tekanan darah tinggi. Mesti nak turunkan ye tak, lagi-lagi raya ini, semua orang makan macam-macam, boleh tinggi tekanan, hahaha. Oklah jom baca sikit petua kat bawah ini.