Thursday, July 31, 2014

Hehhee, ini satu soalan panas, memanglah Cinch ini popular kalau nak minum pun. Tapi tulah, cubalah bajet bajet tengok kalau dah expired tuh, mungkin dah lama beli, tapi tak minum minum, atau saudara mara dia yang jual Shaklee juga bagi stok lama. Hmm, boleh ke nak minum kalau dah expired ni ?


produk shaklee expired

Monday, July 21, 2014

hahaha, ini kalau baca, korang mesti salahkan aku punya, Dodol yang berlemak, inti sedap, boleh buat orang KURUS ? Apa cerita ini Faiz ? Hooo, oklah, semua orang tahu yang Dodol ini memang sedap, makan banyak jawabnya kalori banyak, tak detoks balik, habislah badan naik. Tapi nak tahu tak macam mana Dodol ini boleh buat anda KURUS ? huhhuu jom tengok gambar bawah ini.


dodol buat anda kurus

Saturday, July 19, 2014

Alhamdulillah, entry sebelum ini saya ada cerita tentang bagaimana Shaklee dapat memberikan nilai dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Hasil dari sesi temuramah Presidential Master Haji Roslan Ghazali, yang sudah lama bertahan dalam Shaklee . Apapun jom kita tengok lagi, apa rahsia Haji Roslan kekal lama dalam MLM Shaklee di Malaysia.


shaklee business

Tuesday, July 15, 2014

Alhamdulillah, selesai sudah menghadiri majlis berbuka puasa di Al-Rawsha Kampung Pandan, anjuran Presidential Master Haji Roslan Ghazali,  bersama sama dengan semua keluarga downline , termasuklah juga geng geng jutawan. Sempat juga saya merakam beberapa sharing menarik dari Master Farihah, Master Farah Wahida, dan Master Salwa. Selain itu, perkongsian menarik dari Ustaz Sanusi juga sungguh menarik. Apapun, Haji sungguh cool bila meminta saya merakamkan suatu perkongsian menarik mengenai nilai yang Shaklee berikan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.


penat puasa

Friday, July 11, 2014

Alhamdulillah, makin ramai yang order ESP dengan kami, semuanya nak kurus belaka. Walaupun bagus ambil Cinch Shake, tapi tak salah pun ambil ESP untuk kurus. Jadi macam mana nak dapatkan bentuk badan yang menarik kalau anda minum ESP. hmm ramai tahu ESP ni produk hot, macam-macam boleh, tapi apa yang lagi best ni kalau nak kurus . Jom baca cerita di bawah.


esp untuk kurus

Thursday, July 10, 2014

Dah lama tak cerita bab ESP untuk kurus nih, hohoo, apapun, semuanya sekarang ni masih bengang dengan Israel sebab serang Gaza. Oklah, takpa, untuk hari ini, jom ulangkaji sikit bagaimana ESP shaklee boleh membantu untuk kuruskan badan. Hoo, simple je tips ni dari saya.


ubat kurus

Saturday, July 5, 2014

Bila kita cerita pasal STRESS ni, semua orang tahu, Stress ni memang menghantui setiap pemikiran manusia, sampai ianya boleh menjejaskan kesihatan. hooo, itulah pasal, bila cerita bab kesihatan, kenalah berwaspada sedikit. oklah , macam macam punca stress ni, kekadang dari ofis, jiran buat bising, duit hilang, eksiden motor, dan macam-macam lagilah, jadi kenalah kawal stress nih.


penyakit stress
Oklah, tips ni sebenarnya terbaca masa dekat Hospital Putrajaya, masa tu memang sungguh menyeramkan juga, sebab nak tunggu Ainul lahirkan baby kedua kami. Tapi takpalah, sambil menunggu, sambil tu kita sedut ilmu dan share kepada kawan-kawan. Oklah, yang ni saya cerita sikit macam mana nak dapatkan berat badan yang best lagi sihat.


bmi sihat

Thursday, July 3, 2014

Alhamdulillah, ramai rupanya dah suka sangat dengan produk revolusi Shaklee ini, bak kata Ayu Raudhah, sirap merah Shaklee, atau nama glamernya VIVIX. Hooo, memang power, kalau tekan je vivix shaklee, mesti keluar blog superbvitamin, celikvitamin dan kabinetvitamin. Tapi oklah, kami pun nak tumpang glamer blog diorang tuh , jadi saya nak kongsi dengan anda cerita pasal vivix ini. Banyak nota ni pun aku cilok dari blog personal yang satu ketika dulu sangat popular

  1. DNA dan Penuaan
  2. Mekanisme Utama Vivix
  3. Khasiat Polyphenol
  4. Manfaat Lain Vivix Shaklee
  5. Testimoni Berbentuk Video


manfaat vivix shaklee

Alhamdulillah, sekali lagi saya nak cerita sedikit, perkongsian tentang pencegahan STROK. Sebelum ini, ramai dah tahu STROK ini memang bahaya, kalau serangan jantung pun bahaya, ini lagi serangan pada otak, hooo, memang bahaya, dan salah  satu sebabnya ialah sebab saluran darah. Hhahaa, disebabkan saluran darah je, badan kita tak berfungsi, dan silap-silap membawa maut. Oklah, tips dibawah ini sangat mudah diikuti.


jantung sihat
Alhamdulillah, hari ini kita cerita sikit pasal rawatan hidroterapi. Hoo, apa benda nih ? Hoo, bayangkan kalau korang tengok air, nak ambil wuduk, kalau panas marah, pun ambil wuduk, solat. Hoo, boleh nampak tak cerita pasal air ni kan bagus,hahaha. Oklah, masa jalan-jalan kat hospital ini, ternampak satu poster pasal hidroterapi, bagus jugak share sikit .



kebaikan air



Apa Itu Hidroterapi ?

Hidroterapi ini kiranya rawatan yang menggunakan air, untuk merawat dan juga meningkatkan kesihatan. Kenapa kena guna air ? tak guna pasir ke, apa ke, minyak ke. Kiranya dalam webMD ini, secara teorinya, air ini bagus sebab

  1. Air boleh pengalir haba dan tenaga
  2. Air boleh menguraikan benda lain, termasuk mineral dan garam
  3. Air sukar sakitkan badan
  4. Air boleh jadi stim, cecair, dan ais. Biasanya ada rawatan air dan stim
  5. Air membantu pengaliran darah
  6. Air lebih menenangkan
  7. Air mengurangkan sakit sendi dan memberikan rintangan semasa bersenam

Faedah Hidroterapi

Banyak faedahnya, kalau ikut dalam gambar kat atas, boleh membantu merawat acne, athiris,demam,pening kepala, sakit perut,sakit sendi,otot, penyakit saraf , masalah tidur dan stress.


Selamat Tak Hidroterapi ?

Hidroterapi memang selamat, kalau buat betul-betul. Cumanya kena minta pendapat orang yang pakar. Masa nak buat hidroterapi pun mesti ada pakar yang tolong bantu kita bersenam dalam air. Ada yang sesuai dan ada yang tak sesuai, jadi kena tanya pakar jika nak buat hidroterapi.

Wednesday, July 2, 2014

Alhamdulillah, hari ini bercerita lagi dari hospital putrajaya. Baca artikel ini, masa tunggu ainul, memang best, pasal memang banyak isu sebenarnya pasal budak minum air masa bawah 6 bulan ini.jom kita tengok apa yang tak bagusnnya pasal minum air masak kepada bayi. Rujukan ialah flyer


baby minum susu

Tuesday, July 1, 2014

Masa nak bawa ainul nak cek up untuk bersalin Ariana Maryam, aku terdengar ceramah penyusuan, dekat lobi hospital. Memang bahasa dia mendatar, agak membosankan, tapi sebenarnya dalam bosan-bosan itu aku terfikir pulak, kenapalah kena bising-bising bagi tips pasal penyusuan ini.




Pengetahuan Tentang Susu Ibu

Sebenarnya susu ibu, lagi-lagi masa baby baru lahir, amatlah penting. Ramai anggap susu kuning lendir tu tak baik, tapi kolostrom ini sangat sangat istimewa, itulah antibodi yang diperlukan oleh bayi tersebut.  Jadi dulu, memang kesian sangat dengar orang yang takda ilmu tentang kolostrom ini, sangat-sangat rugi. Ilmu menentukan anak itu mempunyai khasiat yang cukup untuk dia membesar.

Banyak Faedah

Apapun ibu bersalin mesti tahu bila dah bersalin menyusukan anak, dapat membantu ibu itu sendiri nak kurangkan berat badan, ianya juga mampu sebagai natural family plannning yang bagus. Tapi dalam masa yang sama, boleh jimat beli susu formula.

Tips Penyusuan

Sekali lagi saya sarankan semua para ibu dapatkan tips penyusuan yang bagus, banyak juga di luar sana sudi berkongsi banyak tips  untuk mendapatkan susu yang banyak. Banyak juga tips yang lain, dalam blog ini.
  1. Tips untuk memulakan penyusuan susu ibu
  2. Sokongan suami yang sangat penting
  3. Makanan yang bagus untuk penyusuan yang efektif



Alhamdulillah, tentu sekali ramai yang seronok bila tiba bulan puasa, tentu sekali ambil kesempatan nak kuruskan badan. Tapi ada juga yang dah siap siap ambil ESP nak bertenaga, dan juga minum Cinch bagi badan kurus. Soalannya mana lebih bagus ?


produk kurus terbaik