Friday, June 27, 2014

Hooo, memang ramai yang tak puas hati juga, bila mana ada yang kata minum ESP tapi susu tak banyak. Boleh dikatakan semua SID ada testimoni yang berkata minum ESP boleh banyakkan susu. Tapi betulke soalan di atas ini ? Oklah jom baca lagi di bawah.


petua susu banyak

Monday, June 23, 2014

Sebenarnya masa aku pergi bawa ainul checkup doctor, masatu aku terbaca paper, hahah, aku rasa bukan ainul yang checkup, tapi ayah ainul, bapa mertuaku yang korang pernah baca cerita dia pasal kat IJN sana. Oklah, tapi masa baca baca ini, tengok pulak artikel best kat dalam paper ini. Betul ke minuman berkarbonat dan beralkohol punca gout ? Oklah, jomlah aku ulas sikit


minum air tinggi gula
Semuanya dah berangan nak kuruskan badan, lagi-lagi nak bulan puasa ini, memang bagus amalan puasa kepada kita, boleh kuruskan badan, jaga kesihatan, rehatkan usus. Tapi kena ingat, diet pun diet, tapi kenalah jaga kalori yang perlu diambil, hooo kalau terlampau tinggi, jadi gemuk, tapi kalau rendah sangat boleh ke ? Jom baca lagi di bawah.


rendah kalori


Keperluan Kalori Harian

Basala Metabolic Rate

Sebelum kita nak amalkan kalori harian ini, manusia macam kita ini kena ambil tahu, berapa kalori harian yang perlu diambil, supaya badan kita dapat berkerja dan tak terlampau penat. Oklah, satu formula mudah ialah dengan mengikut formula Basal Metabolic Rate (BMR) seperti di bawah:

BMR(P) = 655 + (9.6 x berat dalam kg) + (1.8 x tinggi dalam cm) - (4.7 x umur dalam tahun)
BMR(L) = 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) - (6.8 x umur dalam tahun)

Daily Calorie Requirement

Oklah bila dah tahu BMR, kita boleh juga kalori yang untuk kegunaan harian, ianya di panggil Daily Calorie Requirement (DCR), Ianya pula bergantung kepada lifestyle kita, sama ada kita aktif, rajin bersukan atau rajin update blog depan komputer. Cara pengiraannya perlukan BMR sebelum ini

DCR= BMR x Pemalar :

Pemalar ini ialah pemalar yang melambangkan aktiviti harian kita:

  • 1.2 - kurang senaman atau takda langsung, jenis kerja duduk je
  • 1.375 - senaman ringan/bersukan 1-3 hari/seminggu
  • 1.55 - senaman sederhana/bersukan 3-5 hari/seminggu
  • 1.725 - senaman berat/bersukan 6-7 hari/seminggu
  • 1.9 -senaman berat setiap hari/ 2 kali sehari senaman macam pelumba marathon

Berapa kena ambil ?

Oklah berdasarkan pengiraan BMR dan DCR, bolehlah dikatakan pengambilan kalori untuk kurus ialah di bawah DCR tetapi mesti lebih dari BMR, iaitu minimum kalori yang perlu diambil oleh seseorang. Kalau terlebih dari nilai DCR, takut akan berlaku kegemukan. Kalau korang dari BMR, ianya boleh memudaratkan.


Makan Buah- Buahan

Pengambilan makanan pun penting, jadi kena tahu juga setiap makanan ada sumbangan kalori. Paling bagus ialah makan sayuran yang tinggi serat, kerana serat ialah zero kalori, makanya perut akan rasa kenyang dan penuh, tetapi kalori masih rendah. Buah-buahan pun kena jaga-jaga, terutama yang makan buah-buahan yang banyak, boleh jadi penyumbang kalori.

Diet Tinggi Protein

Sesetengah orang berkata diet yang bagus untuk kurus ialah dengan mengambil protein yang banyak lebih dari kaborhidrat. Hooo, itu memang betul, tapi kalau tidak seimbang, sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan. Ada beberapa formula yang bagus , kita kena balancekan pengambilan kaborhidrat, protein dan lemak, dan masih berada dalam nilai kalori yang tidak tinggi dari DCR.

Tingkatkan Metabolisme

Kalau nak kurus cepat, nak bakar lemak dengan cepat, kita kena tingkatkan Metabolisme. Sebab itu nilai kalori kita kena cukup, dan seeloknya perlulah aktifi, barulah metabolisme meningkat, dan mudah untuk bakar lemak dalam badan. 4 tips mudah yang boleh anda ikuti ialah
  1. Minum Air banyak sekurang kurangnya 2 liter (3-4 liter yang terbaik)
  2. Makan 5 hingga 6 kali sehari, dengan kuantiti yang sedikit
  3. Makan makanan pedas
  4. Minum teh hijau.

Diet Seimbang

Biasanya walaupun seseorang itu boleh kurus dengan tanpa makan, ianya boleh menjejaskan kesihatan, dan boleh menyebabkan penyakit lain. Oleh itu, diet seimbang sambil menjaga nilai kalori dan metabolisme amat penting. Oleh itu kekurangan khasiat semasa menurunkan berat badan perlu diatasi supaya badan kita sihat.

Lakukan Senaman

Hehehe, ini paling penting sekali, apapun makanan yang kita ambil , memang kita ini malas nak kira kalori, tapi paling penting ialah hidup aktif, buat senaman, tak semestinya berat, tapi boleh juga buat aktiviti harian di rumah seperti sapu sampah, kemas rumah, janji sihat dan aktif. Nak lagi bagus, pergi gym, berbasikal dan macam macam lagi,

Saturday, June 21, 2014

Alhamdulillah, semakin dekat dengan bulan puasa , ramai juga nak cari suplemen untuk kurus. Satu soalan yang menarik bagi penggemar cinch shake ialah soalan bila waktu sesuai yang kita boleh minum minuman soya yang bagus ini. Oklah, ini jawapan cadangan saya. 


cinch shaklee

Friday, June 20, 2014

Bila cerita bab kuih ini, hooo, tentu ramai gila suka kuih muih ini, tapi tulah, kena beringat sikitlah ye, kuih ini manis, banyak gula, dan kalau gula tinggi sangat, boleh kena diabetes. hoo, haritu si sarah Shaklee cerita, menakutkan jugak diabetes ini, boleh sampai buta , kaki kena potong, badan lemah, boleh meninggal camtu je


gula kuih bahaya

Salam sejahtera semua. Apa khabar, nampaknya hari ini saya nak share sikit, gambar kat bawah ini. Poster di bawah ialah hasil dari mengedit poster KKM tuh. Hahhaha, takpalah, yang penting semua orang tahu kepentingan senaman ini. Tapi kalau rasa nak mudah apa kita follow tips kat bawah ini.


aktiviti mingguan

Tuesday, June 17, 2014

Betul ke nih ? Ada orang cari buah mangga tinggi kalori ? Tenu sekali mamat yang cari ini nak tahu serba sedikit tentang info buah-buahan tempatan di Malaysia. Tapi kalau buah dalam majalah mangga tu lagi tinggi kalori nya. Ok takpa, jom baca sikit tentang info buah-buahan ni.


mangga untuk diet

Berapa Kalori ?

Oklah, paling mudah, kalau kita ikut pakcik wiki kita, katanya dalam hidangan 100g mangga ada 60 kalori, hahaha, amacam ok tak ? So bagus sebenarnya makan, kalau nak kurus, sebab 100gram ini kiranya dalam setengah biji mangga juga. Tapi bukan yang kecil tu ye, mangga muda lain pula. Kalau nak lebih tahu lagi, jom tengok senarai kalori buah-buahan di sini.

Bagus Untuk Kurus ?

Bila cerita bab nak kurus ini, ada aku baca dalam blog livestrong nih, katanya mengikut kajian, orang yang makan buah-buahan lebih mudah kurus berbanding dengan orang yang malas makan buah. Tapi macam biasalah, kena fahamkan konsep kalori. Kalau makan buah banyak yang memang rendah kalori, jadi kita mudah cepat kenyang, dan mudah untuk turunkan berat badan. Apapun, cerita pasal kurus ni, korang boleh baca lagi banyak tips nak kurus di sini dan di sini.

Mana Nak Cari Buah Mangga ?

Hahhaa, ini soalan bonus je, boleh cari kat pasar, tesco, giant, kebun, kampung, ramai jelah yang tanam buah mangga nih. Tapi kalau nak lagi best, jom datang rumah bapak aku kat shah alam nih, hahaha, tanam pokok mangga ni bukan sahaja bagus untuk kesihatan, malah ianya menanam pahala  dan satu sedekah. Oklah, banyak lagi buah-buahan yang bagus, nak baca lagi boleh tengok sini fakta tentang buah.


Tuesday, June 10, 2014

Tak dapat dielakkan, penyakit asma memang selalu terjadi kepada kanak-kanak, malah orang dewasa pun ada lelah. Dengar cerita kawan lelah, adik ipar ada lelah, memang merisaukan juga, jadi jom kita baca lagi pasal lelah nih, di bawah adalah artikel yang ringkas sahaja.


rawat asma sekarang

Sunday, June 8, 2014

Usus merupakan organ terpenting bagi manusia. Tetapi ramai kita yang mengambil endah pasal usus ni. Usus diterbalikkan jadi susu, hahhaha. Tapi kena tahu juga , usus ni penting, jangan main main. Jom jaga usus, dan baca kat bawah nih


masalah usus

Friday, June 6, 2014

Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia dan dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia.1 Manakala, mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia, sejumlah 37 peratus kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok.

Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal. Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan salah satu daripada suplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.


tips jantung sihat

Memang ramai yang mengatakan kalau nak diet, kena ambil tinggi protein dan rendah karbohidrat, atau ada yang kata diet Atkins. Jadi hari ini, jom kita baca beberapa persoalan yang menarik tentang perkara ini. Berikut ada fakta menarik tentang amalan diet tinggi protein dan karbohidrat sangat rendah yang anda mesti tahu.


diet protein

Wednesday, June 4, 2014

Salam sejahtera semua, nampaknya hari ini kita nak buat tajuk lain sikit. Dah lama saya tak sentuh pasal Lecithin ini. Apa itu lecitihin, apa kebaikkannya, dan apa yang best pasal lecithin ini ? Nampaknya, sebelum ini pun saya ada tulis, bukan tulis tapi google translate artikel, takpalah hari ini bagi peluang sikit nak cerita pasal lecithin dan fungsi dia.



Tuesday, June 3, 2014

Diet dengan ESP Shaklee banyak kelebihannya.Bila sebut sahaja tentang diet, ramai beranggapan diet ini untuk kurus sahaja. Tapi takpa paling bagus ialah diet mestilah tahu apa yang terkandung dalam ESP Shaklee itu sendiri. Kalau baca blog superbvitamin, celikvitamin, adikvitamin dan macam macam lagi, semua kata ESP best. Tapi hari in saya nak sentuh juga 3 faedah utama diet dengan ESP Shaklee


protein untuk kesihatan