Tuesday, December 17, 2013

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik. Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.


minyak ikan terbaik

Tuesday, August 6, 2013

Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang-temulang yang memberi sokongan dan membantu anda bergerak. Ia terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecair sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi) yang memberikan keselesaan antara tulang-temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.


sakit sendi

Sendi adalah penghubung dua tulang agar bisah di gerakkan. Sendi seperti engsel pintu yang menjadi penghubung antara rangka pintu dan daun pintu. Tanpa engsel, pintu tidak akan dapat di buka dan di tutup. Begitu pula fungsi sendi bagi tulang. Dengan adanya sendi sambungan dua tulang bisa di gerakan. Berikut ini adalah macam-macam sendi yang didasarkan pada kemampuannya bergerak.


ubat sakit sendi


Jenis Sendi

Sebelum nak mulakan cerita pasal sakit sendi, bagus juga kita kenal pasal jenis jenis sendi yang ada dalam badan kita ini. Penting sebab barulah tahu nak  atasi masalah sakit ini.

  1. Sendi engsel - adalah sendi yang hanya dapat digerakkan ke satu arah seperti engsel pintu yang hanya bisa di buka dan ditutup. Contoh sendi engsel adalah pada bagian lutut kaki dan siku tangan.
  2. Sendi Pelana - adalah sendi yang dapat digerakan ke dua arah yaitu ke samping dan ke depan. Contoh sendi pelana adalah sendi yang menghubungkan tulang pangkal ibu jari dan tulang pertama pergelangan tangan.
  3. Sendi Putar - adalah tulang yang salah satu tulangnya dapat berputar mengelilingi tulang yang lain yang bertindak sebagai porosnya. Contoh sendi putar adalah sendi yang menjadi penghubung antara tulang leher pertama dengan tulang leher ke dua.
  4. Sendi Peluru -  adalah sendi yang merupakan pertemuan antara ujung tulang berbentuk bola dan tulang berbentuk mangkok. Sendi ini dapat di putar ke segala arah. Contoh sendi peluru adalah sendi yang menghubungkan tulang paha dengan tulang panggul, sendi yang mengubungkan tulang lengan atas dengan tulang gelang bahu.
  5. Sendi Geser - adalah sendi yang hanya memungkinkan sedikit gerakan. Contoh sendi geser adalah sendi yang terdapat pada delapan tulang pergelangan tangan.

     

Risiko sakit sendi

Anda mungkin lebih cenderung untuk mengalami masalah sama jika anda mempunyai faktor-faktor risiko tertentu seperti:
  1. Sejarah keluarga artritis (artritis pada ibu bapa atau adik-beradik) 
  2. umur yang lebih tua 
  3. Sebagai perempuan (risiko yang lebih tinggi untuk artritis reumatoid) atau (risiko yang lebih tinggi gout) lelaki 
  4. Kecederaan sendi sebelumnya 
  5. Berat badan berlebihan atau obes. 

Gejala dan Tanda-tanda Amaran sakit sendi

Berikut adalah tanda-tanda amaran bahawa anda boleh terkena osteoartritis:
  1. Sakit, bengkak, atau kelembutan dalam satu atau lebih sendi 
  2. Retak atau crunching bunyi dengan pergerakan 
  3. Kehangatan atau kemerahan pada sendi 
  4. Tombol bertulang yang kelihatan pada sendi jari-jari 
  5. Rheumatoid arthritis mempunyai beberapa tanda-tanda tambahan tertentu, seperti:anemia 
  6. Mata kering dan mulut 
  7. Keradangan di tempat-tempat lain seperti saluran darah atau lapisan paru-paru atau jantung 
  8. Sendi pada kedua-dua belah badan yang terjejas pada masa yang sama (contohnya, kedua-dua kaki atau kedua-dua pergelangan tangan) 
  9. keletihan, demam, rasa sakit, berat badan-terutama apabila ia bermula pada orang yang lebih tua 
  10. Gout boleh disertai dengan demam, sakit yang teruk, bengkak dan kemerahan. Gout menyerang sering bermula pada waktu malam.

Tuesday, July 23, 2013

Selalu water filter besar, berat dan sukar untuk dibawa ke mana-mana kan. Bila keluar rumah susah nak dapat air yang ditapis.Memerlukan kita bawa dari rumah berbotol-botol untuk mendapatkan air yang terbaik air yang telah ditapis.Kini tidak lagi dengan water pitcher. Ringan, kecil dan mudah dibawa ke mana-mana.Masukkan ke dalam bag pun boleh.


penapis air shaklee


Wednesday, June 19, 2013

Baaaanyak lagi sebab kenapa kena beli Mealshake. Memang masa ni kita tengok anak kita macam sihat aje, takde masalah. Tapi, bila dah beli, pasti BERSYUKUR, rupanya mereka akan LEBIH BERBEZA, LEBIH SIHAT. Kita lebih JIMAT , lebih BANYAK BOLEH MENYIMPAN. Mujur saya jumpa Mealshake awal, dan anda bertuah juga sbb anda dapat tahu AWAL tentang MEALSHAKE. Kalau dah tahu AWAL tapi tak beli, memang rugiiiiiiii. kena beli HARI INI! -


makanan kanak-kanak

Tuesday, June 18, 2013

Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya yang mudah diserap untuk kegunaan harian. Ianya diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayuran, kacang soya, lactalbumin( sejenis susu) dan lain-lain.

Lactalbumin adalah bahan yang terbauk dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa.


makanan kanak-kanak

Sunday, June 16, 2013

Tahukah anda perkataan VITAMIN berasal dari " VITALIZE-MINERAL" yang merupakan MULTIVITAMIN SHAKLEE. Multivamin ini merupakan multivitamin dan mineral pertama di dunia. Kini ianya dikenali sebagai VITALEA


vitalea shaklee

Saturday, June 15, 2013

Friday, June 14, 2013

Kajian saintifik sentiasa meluaskan pengetahuan kami keperluan pemakanan semasa mengandung. Antara perkembangan terkini dalam bidang ini, adalah kepentingan Omega-3 asid lemak dalam pembangunan kedua-dua bayi yang sihat dan dalam kesihatan ibu.


ibu hamil minyak ikan



Minyak Omega-3 Ikan dan Kehamilan: 

Omega-3 adalah keluarga rantaian panjang asid lemak politaktepu yang nutrien penting untuk kesihatan dan pembangunan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan oleh itu perlu diperolehi daripada diet atau makanan tambahan. 

Penyelidikan menunjukkan bahawa kedua-dua yang paling bermanfaat omega-3 adalah EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic). Walaupun EPA dan DHA secara semula jadi berlaku bersama-sama dan bekerja bersama-sama di dalam badan, kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat unik. EPA menyokong jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. DHA menyokong otak, mata dan sistem saraf pusat yang mengapa ia adalah unik penting bagi wanita mengandung dan menyusu.



Manfaat Utama Omega-3 Bagi Ibu Hamil

Omega-3 membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori. DHA- adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutama pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan.

Omega-3 adalah penting untuk kesihatan bayi.Ibu-ibu hamil , yang tidak mengambil cukup omega-3, meningkatkan potensi risiko penglihatan dan saraf masalah pada bayi dalam kandungan mereka.

ISSFAL (Persatuan Antarabangsa bagi Kajian Asid Lemak dan Lipid) telah ditubuhkan disyorkan minimum carta dos yang berikut:


  • Bayi (1-18 bulan): 0-15 lbs: 32 mg / lb EPA + DHA
  • Kanak-kanak (1,5-15 tahun): 15 mg / lb EPA + DHA
  • Dewasa (15-115 tahun): 500 mg EPA + DHA (Dengan sekurang-kurangnya 220 mg EPA dan 220 mg DHA)
  • Mengandung dan menyusu Wanita: 300 mg DHA setiap hari




Thursday, June 13, 2013

Jom kita baca kisah seorang wanita yang berjaya kuruskan suami dia, buang perut suami dia dengan minyak ikan shaklee, omega guard. memang best, jom kita baca kisahnya di bawah. Jom kita tengok juga kelebihan dan keistimewaan Omega Guard Shaklee.


kempiskan perut

Wednesday, June 12, 2013

Alhamdulillah, hari ini nak berkongsi sedikit info mengenai kelebihan meal shakes dan chewaable vitamin C dari Shaklee. Memang kanak-kanak sekarang sukar nak dikawal, lagi-lagi dengan lambakan makanan ringan, yang kurang berkhasiat, jadi perlunya makanan tambahan supaya kanak-kanak lebih sihat dan bertenaga


set kanak-kanak shaklee


Monday, June 10, 2013

Selalu dengar badan gemuk, obesiti tetapi bagaimana dengan mereka yang terlalu kurus? Anda diketegorikan ' terlalu kurus" apabila BMI anda bawah dari 18.5. Adakah anda gembira bila dikategorikan sebagai terlalu kurus? Tahukah anda terlalu kurus juga boleh mengakibatkan beberapa penyakit sekiranya badan terlalu kurus dan kekurangan zat.


vitamin untuk gemuk

Friday, May 31, 2013

Salam sejahtera semua, apa kata jom kita tengok set slimming shaklee memang terbaik dari ladang. hehehe, Seronok tak bila korang baca testimonial kat bawah nih ? Hehehe, tentulah seronok ye tak ? hmm cuba baca sikit apa kata naziera roslan tuh.

Saya consume esp+alfalfa+lecithin je...dh 5 bulan, berat dh turun 13kg.....tp bnyk kg lg kne turun kn.. ~ Naziera Roslan

Wednesday, May 29, 2013

ESP atau Energizing soy protein nama lama atau Isolated Soy Protein nama baru antara HOT product di Shaklee. Sebulan tu mahu 100 tin terjual. Macam pisang goreng. Lagi la kalau musim promosi ESP. Pisang goreng pun kalah tau.


kekal bertenaga

Tuesday, May 28, 2013

Alhamdulillah, hari ini nak cerita sikit tentang seorang insan yang berjaya kurangkan berat badan, dan paling penting berjaya dapat bentuk badan yang menawan, memang hebat, transformasi dari saiz XL ke saiz S, memang best kan ? Oklah, jom kita baca sikit kisah dia dan sedikit tips.


baju makin muat

Salam sejahtera semua, hmm, nampaknya semua orang ada masalah macam ni kan ? Ada yang rasa hamil tu menyeronokkan ? Tak dapat dinafikan, pengalaman pregnant, memang best, buat yang nak dapat first baby. Tapi tentu sekali kita mendengar dilema orang yang hamil, biasalah kan ?


set hamil shaklee

Tuesday, May 21, 2013

Kanser payudara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser (malignan) dalam tisu-tisu payudara. Kanser payudara boleh berlaku di mana-mana bahagian payudara termasuklah:

• Lobus yang menghasilkan susu
• Duktus yang menghantar susu ke puting
• Tisu lemak payudara (jarang berlaku)

Kanser payudara boleh dibahagikan kepada dua bentuk: invasif dan tidak invasif. Dalam kanser tidak invasif, sel-sel kanser hanya tertumpu di kawasan asalnya manakala di dalam kanser invasif, sel-sel kanser tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara.


tanda tanda awal



Bagi payu dara yang normal, sel-selnya mengalami pertumbuhan yang terkawal dan teratur. Hormon estrogen bertangungjawab dalam pertumbuhan dan pembentukan sel-sel payu dara. Ketidakimbangan hormon dikatakan memainkan peranan yang penting dalam patogenesis kanser.


Walau bagaimanapun pelbagai pencetus pertumbuhan kanser dan onkogen terutamanya He-2/nev telah dikenalpasti sebagai penyebab kanser payu dara yang penting. Onkogen merupakan gen yang mungkin bertanggungjawab dalam pembentukan sel kanser. Fungsi gen ini boleh berubah dan sel-sel boleh terpesong daripada proses kawalan pertumbuhan sel yang normal.


Tanda-tanda barah payu dara adalah seperti berikut:

1. Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.

Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.

2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.

4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil. Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.

Semua wanita digalakkan untuk mengenali bentuk dan saiz payu daranya supaya perubahan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat. Jika terdapat perubahan pada payu dara seperti yang telah disebutkan, wanita dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya bagi membuktikan jenis ketulan yang ada dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya. 

Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat barah payu dara?

1. Wanita mempunyai risiko 100 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki. Risiko ini menjadi lebih tinggi pada era sebelum putus haid. Orang lelaki juga boleh mendapat penyakit barah payu dara.


2. Sejarah keluarga - Risiko barah payu dara bagi seseorang wanita berganda dua tiga kali jika terdapat sejarah penyakit payu dara pada keluarga terdekat (first degree relatives) seperti ibu, kakak, adik atau emak saudara.

3. Sejarah barah - apabila seseorang wanita telah menghidap barah payu dara, risiko untuknya berulang lagi meninggi empat kali ganda. Ada kajian yang menyatakan bahawa ketulan atau penyakit payu dara yang bukan daripada jenis barah juga boleh meninggikan risiko untuk barah payu dara.
Kajian juga menunjukkan bahawa risiko untuk barah payu dara juga meninggi jika terdapat sejarah barah ovari, melanomas (barah kulit), usus dan rahim.

4. Sejarah haid dan pembiakan - wanita yang mempunyai masa yang lama dalam era reproduktif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah payu dara. Ini bermakna wanita itu didatangi haid yang pertama pada umur yang agak awal (9 tahun) dan mencapai alam putus haid pada umur yang agak lewat (55 tahun ke atas). Melahirkan anak merendahkan risiko barah ini terutamanya jika kelahiran anak yang pertama berlaku sebelum ibu mencapai umur 30 tahun.

5. Pemakanan - pengambilan lemak secara berlebihan meninggikan risiko barah ini. Oleh itu wanita digalakkan untuk mengambil banyak sayur-sayuran dan mengurangkan kadar pengambilan lemak dalam makanan.

6. Pengambilan hormon - kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang sudah putus haid dan mengguna hormon gantian (HRT- hormone replacement therapy) didapati mempunyai risiko barah payu dara yang lebih tinggi. Risiko ini meninggi hanya setelah lima tahun penggunaan hormon secara berterusan.

7. Obesiti - wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah ini.

Monday, May 20, 2013

Masa subur wanita seperti yang kita ketahui, sangat berhubungkait dengan dengan cara cepat hamil. Ini kerana saat masa subur itulah sperma yang masuk dapat menjadi sel telur. Ada pelbagai cara untuk mengetahui bila masa subur ini datang. Boleh dengan mengira kalendar, dengan ovulusi test




Untuk memudahkan gambaran bagaimana cara mengetahui ciri-ciri wanita subur, berikut ini akan saya berikan beberapa kaedah untuk mengetahuinya. Yang saya maksud tentang ciri-ciri wanita subur iaitu tanda-tanda wanita memang sedang dalam masa subur. Walaupun bukan bererti semua wanita mengalami hal di bawah ini.

Ciri-Ciri Wanita yang Sedang dalam Masa Subur

  1. Terjadinya Peningkatan Suhu Tubuh. Masa subur wanita dengan kitaran haid normal adalah hari ke-12 hingga hari ke-16 sejak haid pertama. Selain dengan mengira secara kalendar, masa subur wanita dapat diketahui dengan adanya peningkatan suhu badan. Peningkatan ini terjadi bukan kerana wanita sedang sakit, tapi dalam keadaan badan sihat seperti biasa. Peningkatan suhu badan yang terjadi adalah sekitar 0,2 darjah Celsius setiap hari selama 10 hari berturut-turut. Anda dapat meletakkan thermometer biasa di bawah ketiak setiap pagi untuk mengetahui peningkatan ini.
  2. Cecair Serviks Mengalami Perubahan. Wanita pada masa subur mempunyai cecair serviks yang mirip dengan putih telur, ciri-cirinya yakni cecair serviks cair, kenyal dan lebih jernih dari biasanya. Pada keadaan yang sedang tidak subur keadaan cecair serviks kelihatan lebih kental. Kadang bahkan tidak keluar sama sekali.
  3. Ghairah Tinggi. Ketika melakukan hubungan intim di masa subur, wanita akan kelihatan lebih ghairah dari biasanya. Hal ini akan mengakibatkan wanita yang selalu ingin melakukan hubungan di masa suburnya. Wajarlah, ghairah meningkat bermakna keinginan untuk melakukan hubungan badan juga meningkat.
  4. Adanya Perubahan Posisi Serviks. Ketika sedang ovulasi (masa wanita subur), kedudukan serviks dapat dijangkau dengan jari. Sedangkan pada saat tidak ovulating, kedudukan serviks ini jauh lebih ke atas, sehingga tidak dapat tersentuh. Untuk menguji hal ini, anda boleh memasukkan jari anda secara lurus ke dalam Miss V. Jika memang sedang dalam masa subur, maka anda akan dapat menyentuh bahagian hujung serviks, rasanya seperti bahagian hujung hidung.
  5. Perut Terasa Kembung. Di masa subur, anda mungkin merasa bahawa seluar anda terasa sempit, meskipun tidak sedang kekenyangan atau berat badan naik. Hal ini biasa berlaku kerana pada masa ovulasi ini tubuh sedang meyimpan air dalam keadaan yang banyak.

Menggunakan Alat Ujian Ovulasi

Alat Ujian Ovulasi ini gunanya sangat mirip dengan test pack dalam ujian kehamilan. Dengan menggunakan alat ini maka kesahihan bahawa anda sedang subur memang tak perlu diragukan. Demikian beberapa ciri-ciri wanita yang sedang mengalami masa subur. Apabila anda mengalami tanda-tanda di atas maka itulah saat yang tepat untuk merancang kehamilan anda.

Tuesday, May 14, 2013

Alhamdulillah hampir setahun saya bersama Shaklee. Setahun lebih sebagai pengguna Shaklee dan hampir membuat business Shaklee.Syukur ditemukan dengan leader yang baik, banyak membantu saya dalam Shaklee. Susah tak buat Shaklee? Tiada benda yang senang dalam dunia ni. Bersusah susah dahulu bersenang kemudian. Tapi takde la susah sangat. sebab business plan Shaklee simple. Siapa usaha lebih dia dapat. Bukan orang atas makin kaya. Kita rajin kita lagi kaya dari orang atas kita. 


buat duit tambahan



Sejak buat Shaklee, banyak benda yang merubah hidup saya. tak kira dari sudut apa. kewangan, ketenangan dan kebahagian. Alhamdulillah baru je berjaya beli kereta idaman. Kalau dulu kerja sebangai enginner bukan la tak mampu nak beli kereta idaman tetapi nanti duit cukup-cukup je la. Mana untuk saving kita & anak lagi, duit rumah lagi. Sebelum umur 30tahun ini, bersyukur sebab sudah ada rumah sendiri di kawasan yang agak berbaloi beli iaitu di seksyen 8 Shah Alam. memiliki kereta idaman sejak dulu lagi. Thank you ALLAH. 



1. Duit

Buat kerana duit? Buat business mesti la sebab nak dapat duit kan. Zarman sekarang semua benda naik.Rasanya tak pernah lagi turun kot. Tax lagi la. Terbaru bonus yang saya dapat hasil kerja engineer di sebuah syarikat telekomunikasi , tax kena potong 14% tau. menggigil tengok statement hasil potongan. Geram pun ada. Saya puas hati buat Shaklee sebab saya usaha lebih saya dapat lebih. malah income business lebih dari kerja hakiki . Gaji engineer pengalaman 5tahun sama dengan income business yang tak sampai 1 tahun. Malah lebih dr gaji hakiki :)

2. Kawan

Buat business semakin ramai kenalan dan kawan. Malah hubungan saya dengan adik beradik group business Supermom pun sangat rapat. Best friend forever Ainul, Wani, Nurul, Sarah & Zainora .. begitu juga mak kami Mommy Hadhatina

3. Motivasi

Buat business ini, upline/ mak akan sentiasa bagi motivasi pada kita untuk berjaya. Dia tidak pernah memaksa tetapi mendorong apa yang perlu kita lakukan. Itu pentingnya support group. Kalau buat sorang-sorang, ada masalah tiada siapa nak berkongsi perasaan yang sama :)

4. Leadership

Tiada istilah goyang kaki bila menjadi leader. Kita lagi kena bekerja keras untuk pastikan kejayaan anak-anak business. Setiap hari fikirkan strategi pemasaran, bantu anak-anak dalam business. penat?? OH TIDAK !!! sangat puas hati sebab dapat bantu orang lain berjaya. Puas hati bila anak-anak gembira melihat income Shaklee masuk ke dalam account mereka.

5. Peningkatan amalan rohani

Antara kenapa saya suka sangat sangat group Shaklee ini. Bukan sekadar ajar buat sales, motivasi diri tetapi banyak mengajar, membimbing dalam amalan rohani. Dulu bukan la tak solat, tak puasa. WAJIB tu. tetapi benda-benda sunat, zikir benda jarang dibuat. Dalam Shaklee, mereka selalu tegaskan yang buat business ni mesti jaga hubungan kita dengan ALLAH. ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI. Solat Tahajud, Solat Dhuha, Zikir YA WAHAB jangan lupa. SUBHANALLAH.. memang betul banyak MAGIC yang berlaku sebenarnya.

6. Membantu ramai orang

Shaklee bukan setakat nak menjual sahaja. tetapi kami consult dan bantu dia selesaikan masalah. Seperti ibu yang ingin menyusukan anak. beli Shaklee untuk tambah susu. Tetapi bukan hanya setakat beli sahaja. Kami ajar juga teknik asas penyusuan. Sebab itu kunci utama untuk berjaya dalam penyusuan bayi.Puas hati bila customer bagi feedback yang mereka semakin sihat, semakin cergas dan gembira

7. Impian

Satu benda baru yang saya belajar dari Shaklee. POWER OF DREAMS. bukan kereta ye. tetapi betapa hebatnya impian kita. Pentingnya kita bermimpi. Salah satu bukti kejayaan adalah saya impikan kereta idaman. Siap tampal gambar kereta itu di dinding SOHO saya. Alhamdulillah menjadi kenyataan akhirnya. LIKE ATTRACTS LIKE.. detik dalam hati pun doa juga. Kalau setiapa hari tengok dan dalam hati nak sangat kereta tu maka ALLAH makhbulkan doa itu. Selepas ini saya perlu bekerja keras lagi. Impian ingin beli rumah yang lebih besar ( SEMI D atau Banglow) dan rumah teres ini saya simpan untuk anak saya Arreessa Zulaikha. Supaya nanti dia tak perlu pening kepala mencari rumah yang entah berapa harganya masa itu. Sekarang pun sudah RM600k- RM800k untuk area sini. 20 tahun akan datang entah-entah RM2-3Juta.. Saya nak bawa mak ayah duduk dengan saya. Saya nak bawa mak ayah saya p MEKAH buat HAJI sekali lagi dengan duit saya sendiri. Saya nak bawa mak ayah melancong ke seleuruh dunia. Amin!!!


TIADA YANG MUSTAHIL

Tiada yang MUSTAHIL dalam hidup ini... Yang MUSTAHIL apa bila kita menyatakan TIDAK BOLEH. Halangan BESAR adalah diri kita sendiri.

Nak ubah hidup ke arah yang lebih baik?? JOMMMM saya bimbing. Tiada paksaan sebab yang nak berjaya adalah ANDA.


013-3612717
ainulfadzilah@gmail.com

Sunday, May 12, 2013

Saturday, May 11, 2013

ESP merupakan salah satu product Shaklee yang begitu laris dan terkenal dikalangan ibu menyusukan anak. ESP dikatakan milk booster atau penggalak untuk menghasilkan susu ibu. Walaupun Shaklee ada vitamin lain untuk milk booster tetapi ESP tetap menjadi pilihan utama para ibu. 


tips susu badan

Friday, May 10, 2013

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.


minuman bertenaga

Thursday, May 9, 2013

Morning Sickness ni memang sukar untuk dielakkan buat yang mengandung, Ada yang rezeki lebih, badan kuat, dan ada yang hilang selera makan, dan kurang bernasib baik, terus je masuk hospital. Jom kita baca sedikit pengalaman pengguna shaklee mengatasi masalah morning sickness ni.


hamil teruk

Wednesday, May 8, 2013

Salam sejahtera semua. hmm siapa sini ada stretch mark kat perut ? Hmm, memang tak cunlah kan. Tapi takpa, ada cara mudah nak hilangkan stretch mark kat perut tu dengan pengambilan protein shaklee. Macam mana tuh ? Jom baca sikit.


perut teruk

Tuesday, May 7, 2013

Berpantang yang diamalkan dalam masyarakat Melayu, Cina dan India lebih kurang sama kerana tumpuan lebih kepada aspek pemakanan. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran tertentu sepatutnya dikurangkan kerana ia boleh menyebabkan badan berasa sejuk, lantas menyebabkan tubuh menjadi ‘tidak kuat’ pada waktu tua. Selain menitik beratkan aspek pemakanan ada juga cara berpantang yang melarang mandi dan menyikat rambut atas alasan melindungi ibu dan bayi daripada kecelakaan. Ada banyak lagi amalan yang ‘diharamkan’ dilakukan ketika berpantang, tetapi sejak kebelakangan ini dipandang sepi masyarakat moden. Sungguhpun begitu secara ringkasnya berpantang bertujuan merehatkan tubuh badan dan memberikan kembali tenaga dan darah yang banyak hilang akibat proses kelahiran. Umumnya berpantang ini hanya membabitkan 44 hari atau sebulan lebih.


set berpantang shaklee

Thursday, May 2, 2013

Salam sejahtera semua. Jom kita baca sikit tentang kehebatan VIVIX . Semua tahu, vivix memang produk shaklee yang boleh masuk ke kawasan DNA. Senang minum, dan produk awet muda dan ramai juga yang makin sihat dengan mengambil vivix. Jom kita tengok cerita seorang ibu yang mengambil vivix, sehingga Dokto pun terkejut !!!


anti penuaan

Sunday, April 28, 2013

Apa itu Morning sickness ?

Morning sickness atau rasa mual dan muntah biasanya terjadi pada masa 3 bulan awal kehamilan (trimester pertama kehamilan).

Penyebab utama morning sickness adalah perubahan hormon semasa hamil. Progesteron menyebabkan otot menjadi lebih relaks, termasuk otot sistem pecernaan. Makanan akan berada lebih lama dalam sistem pencernaan dan boleh menyebabkan ‘angin’. Ia juga menghantar isyarat ‘muntah’ kepada otak.


muntah ketika hamil

Saturday, April 27, 2013

Ramai orang tidak tahu bahawa Shaklee digunakan oleh beberapa orang yang paling terkenal di dunia hanya kerana produk ini Amazing! White House dibersihkan dengan Shaklee, Oprah menggunakannya, The Olympic Pasukan Amerika Syarikat, NASA, dan berpuluh-puluh lagi! Mereka semua suka produk dan mahu menjadi sebahagian daripada komitmen Shaklee untuk mewujudkan sebuah planet yang sihat.


selebriti shaklee


Wednesday, April 24, 2013

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua. Hari ini saya nak share sedikit petua cepat dapat anak, harap harap banyak membantu


dapat anak


Penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

  1. Tiub fallopian tersumbat 
  2. Endometriosis 
  3. Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur) 
  4. Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang) 
  5. Masalah hormon 
  6. Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur 
  7. Menopous sebelum waktunya 
  8. Masalah tiroid 
  9. Fibroid 

Penyebab biologi di kalangan lelaki:

  1. Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan 
  2. Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual 
  3. Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma 
  4. Menghidap hernia 
  5. Gangguan hormon 
  6. Salur sperma tersumbat 
  7. Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb 

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

  1. Hubungan seksual di luar waktu kesuburan 
  2. Stress dan tekanan 
  3. Pemakanan yang tidak sihat 
  4. Kekurangan zat 
  5. Amalan merokok atau meminum alkohol 
  6. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug) 
  7. Terdedah kepada pencemaran 
  8. Terlalu kurus atau terlalu gemuk 
  9. Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Ubah cara hidup

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

1. Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

2. Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

3. Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:
  1. Vitamin A - banyak mempengaruhi kesuburan wanita
  2. Mangan/Magnesium - membantu ereksi bagi lelaki.
  3. Vitamin B3, B6 dan B12  - memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga).
  4. Vitamin B12 - berperanan dalam memperbanyakkan sperma
  5. Vitamin C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
  6. Vitamin E dan Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
  7. Omega 3 dan 6 - meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.
  8. Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.
  9. Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

Usaha dan Doa

Apapun, usaha dan terus berdoa kepada Allah , doa dan terus berdoa semoga dimurahkan rezeki mendapat cahaya mata.

Monday, April 22, 2013

Jom kita baca sikit hari ini tentang 8 tips yang boleh membantu anak kita pandai bijak macam budak bijak, insyaallah dengan amalkan tips ni, kita boleh dapat anak yang menyejukkan perut perut mak mereka.

budak genius

1. Pemakanan Sihat

Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi. Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.

2. Banyakkan Ibadat

Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.

Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Iisnin dan Kkhamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.

3. Amalan Bacaan Al-Quran

Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.

Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.

4. Sentuhan Kasih

Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.

Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.

5. Emosi Terkawal

Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.

Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.

6. Muzik Klasik

Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.

7. Pengetahuan Asas

Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.

Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.

Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak.

Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Lakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya.

8. Latihan Matematik

Orang Yahudi memang terkenal dengan barisan intelektual. Hhal ini dipercayai berpunca daripada amalan wanita hamil Yahudi yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan. Tternyata, amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, jangan hairan kebanyakan anak-anak Yahudi dilahirkan bijak.

sumber: pama

Saturday, April 20, 2013

sanya mereka ini sangat sensitif pada perubahan cuaca, tekanan emosi, hama dan juga alahan terhadap sesetengah makanan. Untuk masalah resdung dan alergik, pengambilan supplemen adalah sangat-sangat perlu... Antara supplemen yang boleh membantu anda : Protein (Mealshake/SoyProtin), B Complex, Vitamin C, Alfalfa, GLA dan Vita-Lea
  



Friday, April 19, 2013

Salam sejahtera semua, harini saya berminat nak share dengan anda tips nak tidur dengan lena, bagus untuk badan kita kalau nak cergas keesokan harinya. Memang ada yang kata kalau tidur tak lena, badan mesti letih je, walaupun tidur lama dari biasa.




badan segar waktu pagi


  1. Senaman. Bersenam di siang hari membuatkan anda letih dan mudah mengantuk. Malah, ia juga bagus untuk mengatasi masalah kekejangan yang biasa berlaku ketika waktu tidur.
  2. Rutin Menenangkan. Meditasi, mandian panas atau membaca buku adalah cara untuk anda berehat sebelum tidur. Rutin ini membantu anda menghilangkan tekanan lalu menjadikan tidur lebih baik.
  3. Pengambilan Kalsium. Elak atau hadkan pengambilan kafein beberapa jam sebelum tidur. Sebaliknya, minum secawan susu sebelum masuk tidur.
  4. Kekal Hidrat. Pastikan anda banyak minum air sepanjang hari walaupun pada waktu malam. Ia akan membuatkan anda kurang sakit kepala dan membuat tidur lena.
  5. Tidur Sebentar. 1 atau 2 kali tidur sebentar di siang hari sebenarnya boleh meningkatkan tidur anda semasa hamil.

Thursday, April 18, 2013

Biasanya orang cerita pasal gemuk je kan ? Tapi jangan lupa, ada juga insan yang mengalami badan terlalu kurus. Hmm, bukan apa, kalau boleh badan tak mahulah kurus sangat, ada yang kata tak cantik, dan ada yang kata sangat bahaya. Jom kita tengok testimonial meal shakes di bawah.


meal shakes shaklee

Berikan kanak-kanak hidangan makanan tambahan terbaik untuk mereka. Shaklee Meal Shakes memberikan khasiat dan zat yang diperlukan bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa untuk kekal sihat dan cergas


vitamin untuk kanak-kanak

Alhamdulillah, hari ni nak share rakan rakan punya testimonial. Memang best guna ostematrix shaklee, lagi lagi buat mereka yang ada masalah buasir ketika hamil dan selepas bersalin. Memang rasa sakit sangat kan ? Oklah, jom baca testimonial kawan kita dibawah 


ostematrix shaklee

Jom kita tengok satu produk Shaklee yang terbaik untuk menjaga sistem imun badan kita. Memang satu produk yang hebat , kerana ianya tidak boleh didapati dimana-mana, formulasi interferon yang sangat istimewa, iaitu Nutriferon Shaklee 


antibodi badan

Wednesday, April 17, 2013

Kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung. 

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.


hamil jejaskan tulang



Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.

Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.

Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.

Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.

“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.

Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.

Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.

Sumber dari : KOSMO




Tuesday, April 16, 2013

SISTEM pertahanan badan (antibodi) kita terbentuk secara perlahan-lahan, selaras dengan peningkatan usia. Ia adalah cara semula jadi badan melawan kemasukan organisma asing termasuk bakteria, virus, fungi dan parasit daripada menyebabkan jangkitan atau masalah kesihatan.


tips kanak-kanak sihat
Ramai kata ESP Shaklee atau nama panjangnya Energizing Soy Protein adalah produk hot yang perlu dimilik oleh semua orang. Tapi ramai tahu ke fakta tentang ESP ini ? Atau nak tahu lebih detail pasal Protein dan kebaikan protein. Banyak ramai yang dah dapat faedah, testimoni pun terbaik, banyak di luar sana. Oklah jom kita tengok testimoni ESP Shaklee yang ada .


protein semula jadi

Monday, April 15, 2013

masalah gemuk


GEMUK AIR 

  • Badan menggelember dan lembik kerana air yang tak diperlukan (toksin) berlebihan 
  • Cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian 
  • Bahu agak jatuh apabila berdiri 
  • Sekiranya timbang di waktu pagi dan malam dan terdapat perubahan 1-2 kilogram kurang atau lebih antara tanda anda gemuk air kerana pengumpulan air dalam tubuh 
  • Kebanyakan jenis gemuk air adalah dari golongan anak dara, wanita belum berkahwin atau yang baru selepas melahirkan anak. 

GEMUK ANGIN 

  • Angin terlalu banyak terperangkap dalam tubuh, menyebabkan sukar/kerap untuk sendawa atau kentut 
  • Mudah kena sakit kepala/migrain/loya tekak/sebu perut 

GEMUK DAGING 

  • Kebanyakan yang mempunyai gemuk jenis daging kurang makan sayur/buah-buahan 
  • Berangka besar dan suka makanan berkarbohidrat tinggi 
  • Kulit tebal dan badan agak berat dan pejal (susah nak cubit lengan kerana tebal) 
  • Cepat letih dan penurunan jenis gemuk ini adalah yang paling lambat sekali berbanding jenis gemuk yang lain kerana lemak di dalam tubuh sudah menjadi tepu dan bersebati bersama daging 
  • Ramai golongan ini adalah daripada yang sejak kecil bertubuh badan agak 'sihat/besar' dan ia mengambil masa yang agak lama untuk dibuang 

Namun begitu proses perpeluhan yang aktif dapat membantu membuang sebahagian lemak-lemak degil ini, dan sebaiknya mengikut diet yang sesuai dan aktiviti senaman lebih sedikit berbanding gemuk jenis air dan angin.
Sakit kepala itu biasa bagi kita. Selalunya sakit kepala disebabkan oleh cuaca, pemakanan dan tekanan. Tapi bagimana pula dengan sakit kepala yang melampau sehingga pandangan kabur, muntah-muntah dan menjadi pelupa ? Tahukah anda, itu merupakan salah satu tanda awal BARAH OTAK ..


shaklee legakan pening

Thursday, April 11, 2013



Zinc adalah salah satu mineral yang perlu ada di dalam setiap sel tubuh kita. Ia meransang tindakan 100 jenis enzim, iaitu bahan2 yang menggalakkan semua reaksi bahan kimia di dalam tubuh badan kita. Otot dan tulang mengandungi paling banyak zinc di dalam tubuh manusia (90%). Kepekatan zinc tertinggi adalah terkandung di dalam kelenjar prostat dan air mani.










Zinc Complex Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik


Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.



8 Fungsi dan kebaikan Zinc





Pertumbuhan dan pembahagian sel - Zinc adalah amat penting terutama sekali semasa kehamilan kerana sel2 fetus yang sedang membesar membahagi dengan pantas. Zinc juga membantu untuk mengelakkan kecacatan kongenital dan kelahiran pramatang. Selain daripada itu, ia juga adalah penting dalam mengaktifkan pertumbuhan – tinggi, berat dan pembinaan tulang – pada bayi, kanak2 dan golongan remaja.
Kesuburan (fertility) - Zinc memainkan peranan yang terpenting di dalam kesuburan. Bagi lelaki, zinc melindungi kelenjar prostat daripada jangkitan (prostates) dan seterusnya daripada pembesaran (prostatic hypertrophy). Zinc membantu mengawal bilangan sperma dan mobilitinya, dan menormalkan paras serum testosteron. Bagi wanita pula, zinc dapat membantu memperbaiki masalah haid dan melegakan sistem berkaitan PMS.
Sistem daya tahan penyakit - Antara banyak2 vitamin dan mineral, zinc menunjukkan kesan yang paling kuat pada sistem daya tahan penyakit kita. Ia memainkan peranan penting dalam T-cells. Paras zinc yang rendah membawa kepada pengurangan dan melemahkan T-cells, yang kemudiannya tidak berupaya mengenal dan melawan sesetengah jangkitan. Peningkatan paras zinc dalam badan terbukti efektif dalam melawan pneumonia, cirit-birit dan jangkitan-jangkitan lain. Zinc juga dapat memendekkan tempoh dan mengurangkan demam yang teruk.
Deria rasa, deria bau dan selera - Zinc mengaktifkan bahaguan di dalam otak yang menerima dam memproses maklumat daripada deria rasa dan deria bau. Paras zinc di dalam plasma dan kesan zinc kepada nutrien yang lain, seperti tembaga dan mangan, mempengaruhi selera dan pemilihan rasa. Ia juga digunakan dalam merawat anoreksia.
Kulit, rambut dan kuku - zinc mempercepatkan pembaharuan sel-sel kulit. Krim zinc digunakan untuk melegakan ruam lampin pada bayi dan untuk menyembuhkan luka. Zinc telah dibuktikan dapat merawat acne dengan efektif, dan zinc juga dikatakan memberi kesan positif ke atas psoriasis dan neurodermitis.
Anti-radang - Zinc juga digunakan sebagai ejen anti-radang yang dapat membantu melegakan tisu kulit, terutamanya dalam kes-kes seperti kulit terselar (sunburn), kelepuhan (blisters) dan sesetengah penyakit gusi.
Rambut - Zinc penting untuk rambut yang sihat. Paras zinc yang tidak mencukupi mungkin akan mengakibatkan rambut gugur, rambut nipis, tidak bermaya dan beruban awal. Syampu yang mengandungi zinc boleh mengelakkan kelemumur.
Penglihatan - retina mata juga mengandungi kepekatan zinc yang tinggi. Apabila umur meningkat, zinc retina yang semakin berkurang mungkin menyebabkan pembentukan age-related macular degeneration (AMD), yang akan membawa kepada kehilangan penglihatan sebahagian atau pun sepenuhnya. Zinc mungkin juga melindungi mata daripada night blindness dan menghalang katarak.




Perbezaan Shaklee Zinc Complex


Dirumus dari zinc glukonat semulajadi yang bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka pangjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum daripada tubuh badan. Tidak mengandungi pewarna, perisa atau pemanis tiruan.




Peringatan


Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.


sumber: healthierlife




Jom Order


Jom dapatkan zinc complex anda dengan klik sahaja gambar di bawah, order secara online atau hubungi kami terus seperti di bawah




















Ainul Mustafa


013-3612717


ainulfadzilah@gmail.com


https://www.facebook.com/DietDietSihat


http://jalanabadi172784.blogspot.com
Vita-Lea Shaklee merupakan gabungan multi vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia pada tahun 1915 oleh Dr. Forrest C. Shaklee. Vitalea asalnya dikenali sebagai “Vitalize -Mineral’ dan disingkatkan kepada ‘Vita-Min’, dan perkataan vitamin yang disebut hari ini asalnya adalah dari Dr. Shaklee itu sendiri. Seterusnya dengan adanya peningkatan teknologi telah merubah bentuknya dari cecair kepada bentuk tablet dan dikenali sebagai Vita-Lea.teknologi Vitalea ini diubah bentuk kepada tablet yang lebih senang untuk di makan. Untuk pengetahuan anda vitalea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.


multivitamin

Wednesday, April 10, 2013

Ingin menurunkan berat badan? Cara paling mudah adalah dengan meningkatkkan kadar metabolisme badan kita. Ini kerana apabila kadar metabolisme meningkat, kadar pembakaran tenaga dan kalori juga meningkat


tips metabolisme

Vitamin C shaklee yang makin popular dan digemari ramai. Apakata jom kita baca beberapa keistimewaan vitamin C, dan paling penting kenapa korang perlu dapatkan sustained release vita-C , memang terbaik dari Shaklee


badan sihat

Tuesday, April 9, 2013

Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph! Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman. 


sedap air teh hijau shaklee

Monday, April 8, 2013

Vitamin E bukan sahaja untuk dikenali sebagi vitamin cinta tetapi vitamin E merupakan vitamin penting untuk kulit, parut. Betapa specialnya vita-E Complex shaklee, jom kita tengok testimonial yang dikongsi oleh pengguna tegar shaklee di bawah


tips parut

Sunday, April 7, 2013

Ramai yang suka bila badan jadi kurus comel dan cantik. Jangan tak tahu ye, bila kita baca pasal orang minum esp nih, ada extra manfaat yang mereka dapat. Oklah, jom kita tengok macam mana esp ni boleh kuruskan badan


cara kurus