Saturday, September 29, 2012

Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.


susu ibu

Monday, September 24, 2012

Bila nak bercerita tentang pencuci keseluruhan tubuh, boleh je cuci pakai sabun mandi. Hehehe, tapi yang ni lain, kalau nak cuci badan, nak cuci betul betul, nak buang toksik, kenalah cari pencuci dalaman, kasi buang semua dalam perut, dalam darah, dan macam macam lagi organ dalaman yang dah dikotori. Tapi apa yang bagus nak makan ? Jawabnya ALFALFA SHAKLEE !!!!


detox cara mudah

Friday, September 21, 2012

Jerawat merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.) Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.


masalah jerawat

Apa itu Jerawat

Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.

Punca Jerawat

Terdapat laporan yang menunjukkan bahawa masalah jerawat kerap berlaku dalam kalangan remaja. Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan sebum akibat perubahan hormon. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormone dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat tumbuh. Hormon yang dimaksudkan adalah hormone testeron. Hormon testeron biasanya akan ditukarkan kepada dihidrotesteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolic fizikal. 



Individu yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum yang berlebihan ataupun mengalami kekeringan kulit yang agak ketara. Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir bagi membuatkan kulit lebih gebu dan lembut, lapisan pelindung kepada rambut dan kulit supaya tidak mengalami kekeringan ekstrem dan bagi mengekal kehidratan (kelembapan) kulit dan rambut. Kelenjar minyak sebenarnya mengandungi sejenis kuman iaitu propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengubah sebum berlebihan kepada asid lemak yang akhirnya menyebabkan jerawat dan keradangan kulit.

Tips Penjagaan Kulit Dari Jerawat

1) Cuci Muka  

Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis sabun pencuci muka yang bertekstur lembut dan membersih secara mendalam. Jika boleh pilihlah jenis sabun pencuci muka yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh menghidratkan kulit. Namun begitu pencucian kulit tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih sebagai pilihan lain dan tambahan kepada cucian muka dengan menggunakan sabun pencuci muka. Tetapi perlu diingatkan disini, bahawa mencuci kulit dengan kuat dan menggosoknya dengan kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit bukanlah suatu yang baik pada kulit malah perbuatan tersebut dapat menyebabkan keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.

2) Pencuci Wajah

Penggunaan pencuci wajah juga adalah digalakkan namun penggunaannya mestilah sesuai dengan kulit. Penggunaan pencuci wajah adalah bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati. Namun perlu ditegaskan bahawa anda hanya perlu menggunakan skrub wajah 1 hingga 2 kali seminggu sahaja atau 1 dalam masa 2 minggu bagi mereka yang kurang terdedah dengan aktiviti luar dan pancaran cahaya matahari. Penggunaan pencuci wajah yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit khususnya pada kulit sensitif. Sila gunakan pencuci wajah yang mempunyai butiran yang tidak kasar malah lembut pada kulit. Janganlah selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia mungkin menyebabkan keradangan dan alahan pada kulit anda.

3) Gunakan Pelembab

Mencuci kulit dengan pencuci wajah ataupun sabun pencuci kulit sebenarnya pasti akan mengeringkan kulit walaupun anda mencuci kulit dengan ringan dan menggunakan sabun dengan sedikit. Oleh kerana demikian anda samaada lelaki ataupun perempuan adalah digalakkan untuk menggunakan pelembab atau penyegar kulit selepas anda mencuci kulit anda dengan sabun pencuci, ini adalah penting bagi mengekalkan kelembapan kulit dan pH kulit pada kadar yang seimbang.

4) Jangan PICIT !!!

Anda juga adalah dilarang untuk memicit kulit anda yang mempunyai jerawat ataupun sebarang bintik, nodul ataupun sebarang pertumbuhan baru yang tidak diperlukan pada kulit anda. Sebaliknya jumpalah pakar kulit yang bertauliah atau pakar dermatogi di klinik dan hospital pakar untuk menyelesaikan perkara tersebut. Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit anda sekiranya berlaku jangkitan!

5) Bahaya Sinaran UV

Sebanyak mana yang boleh, anda mestilah mengelakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan. Kulit akan mudah menjadi kering jika anda terkena cahaya matahari secara berterusan. Walaupun anda terdedah dengan cahaya matahari pada kadar yang sedikit. Pancaran sinar UV (Ultra lembayung) yang sedikit yang terkena pada kulit anda sudah cukup untuk menyerap masuk kedalam sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda. 

6) Guna Bedak Yang Betul

Elakkan mengguna bedak padat kerana span yang lembap, digunakan berkali-kali, terperap di dalam bekas menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing yang mempunyai sifat anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana molekulnya besar dan bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria seperti Kiss mineral mekap.

Sunday, September 16, 2012

Salam sejahtera semua, hari ini saya cuma nak berkongsi tips bagaimana nak mudah hamil, di bawah ada beberapa tips yang boleh diikuti, sumber saya tak tahu dari mana, tapi bolehlah cuba, insyaallah ada rezeki, dapatlah menimang cahaya mata.


tips kesuburan wanita


1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual

  1. Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). 
  2. Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? 
  3. Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. 
  4. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. 
  5. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual 

  1. Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri.
  2. Tidak ada angka atau fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan seks untuk hamil.
  3. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. 
  4. Bagaimanapun yang paling penting ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan itu pada “waktu subur”. 
  5. Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda(isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda

  1. Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wanita mencapai orgasme, klimaks semasa hubungan kelamin akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina.
  2. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik rahim adalah lebih tinggi.

4. Posisi Hubungan Seksual 

  1. Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. 
  2. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. 
  3. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirehat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.
  4. Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul di belakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung dengan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.
  5. Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma terkeluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur.
  6. Hukum graviti.

5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks

  1. Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. 
  2. Kerana sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik rahim dalam sesaat setelah ejakulasi.
  3. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelum ini. 
  4. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksik untuk sperma.

6. Buat Para Suami 

Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

7. Relaks 

Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress atau tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga Kesihatan Anda 

Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang. Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi. Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.

Penutup

Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Doktor pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak. Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak. Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat doktor. Insya Allah anda akan berjaya.
Hari ini saya cuma bercerita tentang suatu info menarik dari KKM, jom kita baca di bawah, semoga memberi manfaat kepada kita semua. Kena amalkan budaya yang sihat, walaupun kita amalkan produk shaklee.


tips berat badan sihat


Pengurusan Pemakanan untuk Penurunan Berat Badan

• Jika anda mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kkal sehari , anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu.
• Dalam sebulan,anda akan kehilangan berat badan sebanyak 2 kg hingga 4 kg.
• Pengurangan berat badan yang disarankan adalah sebanyak 10% daripada berat badan
asal dalam masa 6 bulan.
• Sekiranya penurunan berat badan melebihi 10% dalam masa 6 bulan , anda akan berisiko tinggi mendapat batu hempedu, elektrolit tidak normal, kekurangan nutrien, peningkatan asid urik, kehilangan protein dan otot
• Selepas 6 bulan,penurunan berat badan akan statik dan anda tidak akan mengalami penurunan berat badan lagi.
• Ini adalah kerana ,apabila berat badan anda menurun , tahap metabolisme juga menurun kerana kehilangan otot-otot.
• Oleh yang demikian, adalah penting untuk menggabungkan DIET dan SENAMAN dalam proses penurunan berat badan .

Pengurusan Pemakanan Untuk Berat Badan Berlebihan

Objektif Pengurusan Pemakanan
• Untuk menurunkan berat badan
• Untuk mengekalkan berat badan yang normal.
• Untuk menghalang peningkatan berat badan .
• Untuk mengurangkan risiko darah tinggi , diabetis mellitus dan penyakit jantung .
• Untuk meningkatkan kualiti kehidupan,berasa lebih sihat dan bertenaga.
• Untuk mengurangkan pengambilan kalori.

Untuk mengurangkan berat badan , anda perlu mengurangkan pengambilan makanan secara berperingkat dengan teratur
• Pastikan anda mengikut Panduan Pemakanan Malaysia.
• Cuba kurangkan pengambilan hasil bijirin , ubi-ubian, ikan , ayam , daging dan kekacang.
• Kurangkan pengambilan kalori dengan ;
a. menggunakan sedikit minyak semasa memasak
b. mengurangkan penggunaan gula seperti gula pasir , gula perang , madu dan gula yang tersembunyi dalam makanan dan minuman.
c. meningkatkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil bijirin seperti oats kerana makanan ini akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama.
d. minum air kosong dengan banyak sekiranya mengambil makanan tinggi serat 

Indeks Jisim Tubuh ( BMI )

Indeks Jisim Tubuh adalah satu pengukuran yang digunakan untuk menentukan samada berat badan anda normal atau tidak . Indeks Jisim Tubuh yang normal ialah dari 18.5 hingga kurang daripada 25.

BMI = Berat (kg)
___________________________
Tinggi ( m ) x Tinggi ( m )

Jika BMI anda adalah Anda adalah:
Kurang daripada 18.5 = Kurang Berat Badan
18.5 hingga kurang 25 = Normal
25 hingga kurang 30 = Berlebihan Berat Badan
30 atau lebih = Kegemukan / Obesiti 
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.

Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.



vitamin untuk lelaki


KESUBURAN 

Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. 

Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. 

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. 

Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. 

SUMBER

Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum. 

KEKURANGAN

Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :

  1. Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
  2. Penuaan kulit sebelum masa.
  3. Rambut gugur
  4. Anemia.
sumber:moodpro

Saturday, September 15, 2012

keperluan rakyat malaysia


Sains Shaklee

Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam pembangunan produk yang lengkap, penyelidikan dan percubaan-percubaan klinikal .

Setiap tahun lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti dijalankan ke atas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja.
Peneraju dalam produk kesihatan dan pemakanan sejak 1956, Shaklee terus kekal menjadi juara secara saintifik disokong oleh produk terpilih berbanding perubahan yang berisiko.

Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam penyelidikan dan pembangunan produk yang lengkap , dan percubaan-percubaan klinikal. Setiap tahun, kira-kira 83,000 ujian makmal dan ujian-ujian jaminan kualiti dilaksanakan terhadap produk nutrien dan bahan-bahan sahaja!

Produk-produk Shaklee merupakan hasil satu proses mendalam bagi kajian saintifik dan penilaian penyedlidikan pihak ketiga dan juga kajian klinikal bebas oleh kumpulan Pakar Sains Kesihatan kami. Shaklee juga merujuk kepada Lembaga Penasihat Saintifik, satu kumpulan kebangsaan yang merupakan ahli sains yang diiktiraf oleh peneraju dalam Institusi akademi dan perubatan.

Setiap hasil yang dikeluarkan perlu menjalani taraf kecemerlangan. Setiap produk mesti memberikan dos bahan-bahan yang tepat berdasarkan kajian klinikal. Setiap produk juga perlu dihasilkan oleh bahan-bahan yang tulen dan diformulasi untuk menghasilkan produk yang konsisten.

Shaklee menggabungkan bahan sumber alam dan aplikasi sains terbaik dan tidak menggunakan jalan pintas.

SENTIASA SELAMAT

Produk Shaklee telah dijamin Keselamatan Tanpa Syarat

lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru Shaklee, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain.

kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol.

Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan.

pembungkusan produk Shaklee adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami (Shaklee) benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

Shaklee Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:

# Beberapa senarai TIDAK Shaklee:

  • TIDAK Mengandungi Paraben 
  • TIDAK Mengandungi Triklosan 
  • TIDAK Mengandungi Phthalates 
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS) 
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES) 
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana 
  • TIDAK Mengandungi Glikol 
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile” 
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik 
  • TIDAK Mengandungi Ammonia 
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida 
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve 
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde 
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A 
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates 
  • TIDAK Mengandungi Toulene 
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna 
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa 
  • TIDAK Mengandungi Pewarna 
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans 
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan 
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin 
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang 

SENTIASA BERKESAN

Shaklee Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif

Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti- lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.

Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia.

Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat

$300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji

Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga

7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee

Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4 Ekpedisi Artik Antarabangsa

54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee

Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf

LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM

Shaklee Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar

Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®.

Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain.

Shaklee adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!

Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar

Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.

Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai

Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:

Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod

Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan

Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau

Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:

2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik

2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika

2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan

2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate

2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan

daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

Dan paling penting bagi umat Islam.. Shaklee HALAL