7 Tips Mudah Untuk Ibu Hamil

OKlah, untuk hari ini, saya nak share sebenarnya beberapa tips dalam blog ini yang sesuai untuk para ibu yang hamil anak ketiga, keempat dan anak pertama. Jadi, diharap tips yang yang saya nak kongsikan ini amat bermakna buat anda semua. Selamat membaca

ibu hamil sihat


1) Kenapa Ibu Hamil Perlukan Protein ?

Soalan ini memang popular, jawapannya memang banyak sebab nak galakan pertumbuhan anak dalam kandungan, selain itu kenalah makan untuk diri sendiri juga. Tapi berapa banyak kena ambil protein ini ? Oh jawapannya ada kat gambar di atas, senang je kan nak ingat ? kali 1.5 dari berat badan anda, tapi unit gram , bukan kilogram. Kalau ambil protein berkilo-kilo, rosak buang pinggang

2) Mengatasi ALAHAN

Hooo, banyak tips sebenarnya yang Ainul pernah cut n paste, tak pasti artikel mana dia ambil, hahaha, tapi sangat berguna, dan kami letakkan di sini, untuk anda para ibu yang melahirkan anak-anak pintar lagi unik.

3) Kepentingan Kalsium

Oklah, selain dari protein, kena juga ambil kalsium. bayangkan kalsium untuk ibu hamil mesti cukup, lagi lagi anak dalam perut pun perlukan kalsium untuk tumbesaran mereka. Tapi paling menakutkan sekali ialah BIAWAK, bukan binatang tuh, tapi simpul biawak, kaki kejang tak tentu pasal, sebab kekurangan kalsium

4) Minyak Ikan Kurangkan Stress

Bagus sebenarnya mengambil minyak ikan, bagi anak membesar dari segi neuro, dan bagus untuk ibu hamil tu sendiri. Yang bestnya, minyak ikan mampu untuk mengurangkan stress kepada ibu tersebut.

5) Jaga-jaga darah tinggi

Yang ni memang selalu kena, kesian para ibu, tengok-tengok ada darah tinggi, ada kencing manis, tak boleh makan banyak, berat badan pun naik mendadak. Lepastu memang meranalah tak boleh makan nasi dan kena diet. Tapi kalau nak tips lebih lagi, boleh baca entry lepas ni, yang ni memang pengalaman Ainul sendiri.

6) Kawal Berat Badan

Hahhaa, seperti yang dicakap di atas, sebenarnya berat badan pun kena jaga juga, sebab berat badan naik melampau ini ada masalah juga. Jadi kena tahu puncanya. Kekadang berat kita naik comel, tapi anak tak membesar, tu ada masalah di situ, jadi kenalah kawal berat badan.

7) Tips Melahirkan Anak Pertama

Hehehe lepas dah ok semua, tibalah masanya nak lahirkan anak, tips yang saya copy ini dulu adalah tips bersalin normal, so semua orang boleh amalkan, termasuk para bapa yang kena tahu juga tips ni, beri sokongan moral kepada isteri. 

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tanda-tanda awal kanser payudara

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak