Tingkatkan Kadar Metabolisme

Ingin menurunkan berat badan? Cara paling mudah adalah dengan meningkatkkan kadar metabolisme badan kita. Ini kerana apabila kadar metabolisme meningkat, kadar pembakaran tenaga dan kalori juga meningkat


tips metabolisme



1. Minum air masak tidak kurang dari 2liter sehari ( terbaik 3-4liter )

Minum air masak memudahkan proses penghadaman dan detox. yang best air masak ada 0 kalori :)

2. Makan 5 atau 6 kali sehari..kuantiti yang sedikit

Menurut kajian makan setiap 3jam sekali akan meningkatkan kadar metabolisme. tapi pastikan makan yang berkhasiat cukup nutrisi :)

3. Makan makanan pedas

makan makanan pedas akan tingkatkan suhu dalam badan dan memudahkan tubuh badan membakat kalori dan tingkatkan kadar metabolisme. Apa lagi? jom pastikan setiap hidangan makanan kita ada cili padi.hehhee

4. Minum teh hijau

teh hijau mengandungi caffein yang rendah untuk merangsang dan meningkatkan kadar metabolisme

5. Bina Otot

Memang terbukti, bina otot, senaman, adalah cara paling efektif nak naikkan metabolisme badan kita. Otot yang sihat, masa rehat pun boleh bakar kalori, mudah nak kurus.

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tanda-tanda awal kanser payudara

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak