Morning Sickness Ketika Mengandung

Apa itu Morning sickness ?

Morning sickness atau rasa mual dan muntah biasanya terjadi pada masa 3 bulan awal kehamilan (trimester pertama kehamilan).

Penyebab utama morning sickness adalah perubahan hormon semasa hamil. Progesteron menyebabkan otot menjadi lebih relaks, termasuk otot sistem pecernaan. Makanan akan berada lebih lama dalam sistem pencernaan dan boleh menyebabkan ‘angin’. Ia juga menghantar isyarat ‘muntah’ kepada otak.


muntah ketika hamil


Tips untuk melegakan morning sickness


  1. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi banyak kali. Makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa akan membuatkan anda bertambah mual. Tips : bawa la peket biskut kecil dalam tas tangan anda. Anda boleh makan sikit demi sedikit setiap masa.
  2. Makan makanan yang tinggi karbohidrat dan protein yang dapat untuk membantu mengatasi rasa mual anda. Makanan seperti roti, buah-buahan antara makanan yang banyak membantu.
  3. Hindari makanan yang berlemak, berminyak dan pedas yang akan memburukkan lagi rasa mual anda.
  4. Pastikan minum air yang cukup untuk menghindari dehidrasi akibat muntah. Minumlah air putih, ataupun juice. Hindari minuman yang mengandung kafein dan karbonat.
  5. Vitamin B6 efektif boleh untuk mengurangkanrasa mual pada ibu hamil.
  6. Rehat yang cukup. pastikan juga si ibu tidur dengan selesa dan lena

Percayalah Morning sickness atau mual muntah pada kehamilan awal ini akan segera berlalu tanpa anda sedari.dan ini akan menjadi salah satu pengalaman menarik selama kehamilan anda---bayangkan saja tentang si kecil yang akan segera hadir membawa sejuta kebahagian.:) 

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tanda-tanda awal kanser payudara

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak